Salam sejahtera kepada pelanggan dan pengunjung Motoaidai...

Dukacita dimaklumkn, menurut ejen kami, stok untuk jersi original kelab-kelab seperti Manchester United, FC Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan amat terhad untuk dimiliki. Kami amat kesali dengan perkara ini. Kami memohon maaf kepada individu yang bertanya pada kami sepanjang 2 hari ini kerana tidak dapat menyediakan jersi original tersebut di atas kekangan tersebut. Permintaan terhadap jersi original ini amat tinggi akhir-akhir ini.

Namun, pihak ejen kami menawarkan jersi pengganti kepada yang original dengan jersi gred 'Triple A First Class' untuk menampung permintaan terhadap jersi-jersi daripada pelanggan. Jersi gred ini adalah yang terbaru di mana kualitinya hampir2 sama dengan yang original dan dimaklumkan kepada kami bahawa jersi ini adalah dari produksi kilang yang sama dengan original. Ditekankan di sini, ia bukan jersi gred 'Triple A' yang biasa kita dapati di Uptown ataupun Downtown.

Tempahan untuk gred 'Triple A First Class' telah kami lakukan pada Jumaat lepas dan InsyaAllah jersi tersebut akan tiba esok (Isnin 1 Mac) dan saya akan memberi gambaran dan perbandingan 'Triple A First Class' dengan yang Original dalam masa terdekat ini.

Segala pertanyaan daripada anda amat kami alu-alukan.

Sekian, terima kasih