Salam

Di sini,kami Motoaidai ingin memberitahu, stok terbaru kami seperti yang dijanjikan telah sampai pagi td. Untuk pengetahuan semua, stok ini adalah yang Original dari Thailand. Ia bukannya gred 'Triple A' yang biasa terdapat di Uptown ataupun Downtown. Kualiti jersi ini adalah hampir-hampir sama ataupun sama dengan yang original seperti yang terdapat di butik-butik di luar sana.

Bagi individu yang ingin mendapatkan jersi original tetapi tidak berkemampuan, bolehlah mendapatkan jersi-jersi Original dari Thailand ini. Ini kerana jersi ini juga mempunyai kualiti dan ciri-ciri seperti yang terdapat pada jersi original. Malahan daripada perbualan saya dengan penjual di butik jersi di Alamanda dan usahawan Uptown di Cheras kelmarin, sesetengah butik mendapatkan jersi 'original' mereka dari Thailand. Mungkin ia sama dengan jersi yang ejen kami hantar ini..wallahualam.

Kami di Motoaidai hanya memberi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan jersi dengan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Segala kemusykilan boleh emel kepada kami

Sekian, wassalam